Pemancing Ikan dan Cinta

Dalam dunia memancing, kita perlu tahu apakah persiapan sebelum pergi memancing. Segala kelengkapan perlu disediakan agar tidak timbul masalah semasa pergi memancing. Persiapan yang perlu dilakukan bukan sekadar mempunyai joran dan umpan yang baik tetapi juga keperluan lain. Keperluan ini tidak kurang pentingnya sebab tanpa keperluan-keperluan ini ia akan menimbulkan masalah kepada para pemancing.

 

Ini yang dapat membezakan antara pemancing yang berpengalaman dan tidak berpengalaman, antara pemancing berilmu ataupun kurang berilmu. Persediaan fizikal dan mental juga penting dalam memancing. Mari kita lihat apakah peralatan yang diperlukan sebelum kita turun memancing.

Peralatan seperti berikut :
a) Peralatan yang paling asas bagi seorang pemancing adalah joran dan mata kail. Tambahan kepada itu adalah umpan, enjin, minyak enjin dan sauh. Enjin, minyak dan sauh diperlukan bagi orang yang ingin memancing di tengah laut dan sungai. Joran, mata kail dan umpan pula berbeza bergantung kepada ikan yang ingin ditangkap.

b) Jaket keselamatan untuk keselamatan terutama pada orang yang tidak tahu berenang.

c) Bekalan makan dan minum. Ini salah satu peralatan terpenting antara yang penting, tanpa peralatan ini kebuluran orang yang pergi memancing.

d) Baju hujan bagi melindungi diri dari hujan.

e) Baju labuh atau bertangan panjang bagi melindungi diri dari panas, gigitan nyamuk dan agas.

f) Topi bagi berteduh daripada panas dan hujan.

g) Ubat-ubatan bagi kecemasan ataupun berasa kurang selesa.

h) Tali bagi tujuan khas.

i) Pisau ataupun parang. Ini penting bagi mempertahankan diri

j) Kain buruk. Walaupun nampak remeh tetapi banyak kegunaannya. Perlu untuk menarik tali pancing yang tersangkut, untuk dibuat lap tangan yang kotor dan banyak lagi.

k) Stokin Panjang bagi mengelakkan gigitan serangga seperti agas dan nyumuk. Ia juga bagi melndungi kaki daripada pancaran terik matahari.

l) Wisel untuk kecemasan (termasuk jika ingin memohon bantuan jika engin rosak

m) Plastik besar sebagai tempat meletak beg serta barang pancing jika hujan.

n) Polystrin dan air batu. Ini penting sebagai tempat mengisi hasil tangkapan.

o) Lampu suluh, lampu ayam dan ubat nyamuk jika ingin memancing malam. Ini semuanya perlatan asas bagi memancing.

Banyak bukan? Nampak macam mudah sahaja pergi memancing, namun begitu apabila salah satu peralatan tidak disertakan mungkin menimbulkan masalah tertentu. Ini yang orang katakan “Kalau ingin memancing, buat cara hendak memancing.”

Peralatan lain seperti khemah, peralatan memasak dan sebagainya juga diperlukan jika ingin memancing lebih daripada satu hari.Dalam mencari cinta, kita juga diibaratkan sebagai seorang pemancing. Betulkah begitu? Betul. Kita perlu menjadikan diri sebagai pemancing tidak kira perempuan ataupun lelaki.

Selalunya kita mengambil pepatah lama sebagai panduan hidup. “Ajal dan jodoh di tangan Tuhan”, “Kalau dah jodoh tidak ke mana”, “Perigi mencari timba” dan banyak lagi. Kesemuanya membawa persepsi negatif kepada orang yang membaca, menulis dan mengingatinya.

Sebagai orang yang beragama, kita perlu yakin dengan ketentuan Tuhan. Semua manusia sudah ditetapkan jodohnya. Namun begitu, adakah jodoh itu datang dengan sendiri? Adakah dengan mudahnya bulan boleh jatuh ke riba? Tidak semudah itu. Dalam Quran bab ketiga belas ar-Ra’ad ada menyebut:”Sesungguh nya Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri” Ini jelas membuktikan bahawa ayat-ayat di atas perlu diubah bersesuaian dengan kata-kata Tuhan ini. Kita kena ubah kepada “Jodoh di tangan Tuhan tetapi siapa jodohnya aku perlu cari dan pilih”, “Jodoh memang tidak ke mana selagi kita berusaha mendapatkannya” , “Perigi memang tidak dapat mencari timba, namun begitu diriku bukan perigi. Aku adalah insan yang perlu berusaha untuk mencari dan mengkaji.

Jadi aku perlu mencari jodoh aku.” Ini semuanya ayat-ayat yang akan mengubah persepsi diri kita untuk keluar mencari cinta dan bukan menunggu cinta.Kita berbalik kepada cerita memancing tadi. Bagi memancing cinta, kita juga perlu membuat persediaan dahulu sebelum pergi memancing cinta.

Cinta bukanlah senang untuk didapati tanpa persiapan yang kukuh oleh pemancing-pemancing cinta. Sebenarnya banyak persiapan yang perlu dilakukan, namun begitu di sini kita hanya menyebut yang paling utama. Kita boleh senaraikan seperti berikut :

a) Joran dan umpan cintaSebelum kita ingin mencari cinta ataupun mendapatkan cinta. Kita perlu kenal pasti apakah jenis joran dan umpan cinta yang diperlukan.

Jenis umpan dan joran ini ditentukan mengikut apakah jenis ikan yang ingin kita dapatkan. Jadi jika ingin mendapat ikan yang bagus dan berkualiti sudah tentu joran serta umpannya juga perlu berkualiti. Manusia pun begitu, bagi mendapatkan bakal pencinta yang baik kita perlu menjadi baik, begitu juga sebaliknya.

Ini ditekankan oleh Tuhan di dalam Quran pada bab 24 an-Nur ayat 26 yang menyebut”Selalunya perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, dan begitu juga sebaliknya. Dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya.. ….”

b) Jaket keselamatan pencinta
Apakah jaket pemancing cinta? Jaket keselamatan adalah keseimbangan dalam kehidupan. Seseorang yang ingin bercinta perlu seimbang daripada sudut fizikal, rohani dan mental. Faktor-faktor ini adalah penentu umpan dan kail yang kita berikan itu dimakan ikan ataupun tidak.

d) Makan dan minum pencinta
Makanan dan minuman pencinta adalah tawakal kepada Allah. Tanpa amalan ibadat dan mendekatkan diri dengan Tuhan, kita tentu susah diberikan keberkatan dalam usaha kita mencari cinta. Hanya penciptanya saja yang dapat memberikan kekuatan kepada usaha yang dibuat. Tanpa kekuatan itu yang menyebabkan insan mudah berputus asa dalam pencarian cinta.

e) Pakaian pencinta
Bagi seorang pemancing cinta, seseorang individu perlu memakai pakaian cinta iaitu sayang menyayangi. Ini yang menjadikan orang memandang kita dengan pandangan kasih sayang. Jika kita ingin merasa kasih dan sayang kepada kita, kita harus terlebih dahulu mengasihi orang lain. Ini disarankan dalam satu kata-kata Nabi Muhammad”Tuhan tidak akan menyayangi seseorang itu sebelum beliau mengasihi saudaranya seperti mengasihi diri sendiri

c) Lampu suluh pencinta
Setiap individu yang bercinta perlu bersedia dengan lampu suluh cinta agar dia tidak sesat dalam kegelapan. Apakah kegelapan yang dimaksudkan? Kadangkala bakal pencinta kita berada di sekeliling kita, namun begitu disebabkan kita tidak menggunakan lampu suluh cinta, kita tidak dapat melihat siapakah yang bakal menjadi pencinta kita. Kadangkala mereka berenang-renang di sekeliling mata kail kita. Namun begitu sebab lampu suluh tiada kita tidak dapat melihatnya.

~ by Nina on December 26, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: