Nur Kasih Part 4

 
“Cinta memerlukan pengorbanan..”
 
Sebahagian besar umat manusia di bumi ini telah, sedang dan akan menikmati satu fasa kehidupan kita iaitu CINTA. Sejauh mana ia memberi kesan yang baik kepada kita, jarang sekali kita fikirkan di minda tatkala setelah merasa kehadiran cinta itu. Ini kerana, cinta itu sendiri kebanyakannya datangnya tanpa diundang.
 
Tetapi, sejauh mana pengorbanan ditagih dalam cinta? Pengorbanan perasaan sering terjadi dalam cinta. Ia sesuatu yang halus dan berkaca berbanding pengorbanan lain seperti pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Perasaan sering berdua-dua. Suka dan duka. Tidak selalunya suka berlaku. Tidak selalunya juga duka bertandang.
 
Duka di dalam, suka di luar. Tentunya rumit. Menagih kekuatan jiwa dan mental seseorang untuk bertahan. Orang-orang kita menyebut ia sebagai “Makan hati” atau “Makan dalam”. Bunyinya seolah mengerikan, tetapi itulah yang berlaku selalunya.
 
Kegembiraan dan hati orang lain lebih penting dari kepunyaan diri sendiri. Biar mereka gembira, walau kita tidak? Ya.

 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: